Friday 23 March 2012

byeeeeeeeeeee

Berpindah ke blog lama semula. Bye bye guys.

nadiraboom.blogspot.com

Saturday 10 March 2012

Guilty

Mwehehe. Hello. Tetiba rasa cuak and bagai lah. Result nak keluar. Tadi terbaca post Izwana Rahimi pasal gred permarkahan SPM. Oh I nak sangat dapat straight A+, tapi alau tak dapat, straight A's pun jadi lah. Nak sangat nak nak nak nak nak. Boleh tak? Saya cuak sangat kawan kawan. Hmmm.

Kay nak tukar topik. Jom kawan kawan? Semalam kawan call, and dia cerita apa yang berlaku dekat tempat kerja. Mun, bukan au sorang je yang rasa bersalah. Aku lagi lah. Kalau aku tak berhenti cerita ini tak akan keluar. Tapi aku just nak keadilan je. Tak suka lah bersubahat gini. Hmm. Salah aku ke sampai kak Dayah kena buang kerja?

Tetiba aku rasa macam aku yang  kena bertanggungjawab. Aku bertindak ikut perasaan ke? Tapi kalau dapat duit tu dari sumber yang haram amacam pulak? Errr. Hmm. Aku tak tahu plus confuse sesangat dah. Jujur memang aku rasa bersalah tapi halal haram tu lagi penting. Sebab tu aku nak sangat berhenti kerja. K

Tuesday 6 March 2012

Shit

Hoi perempuan. Okay sumpah aku dah try banyak kali taknak benci kau. Tapi setiap kali aku ada masalah kau yg jadi puncanya! Kau boleh kot stay jauh jauh bagi aku hilang menyampah kejap. Asal semua orang nak duduk sebut pasal kau? Bangga lah kau sekarang? Kau tu kejam sebenarnya. Even memang bukan total salah kau but still, aku menyampahhhh!

Nak kata aku jealous? Haram. Sebab aku tahu sape aku. Kau cantik. Kau ada semuanya. Orang ramai dtg dekat kau kan? Tapi tolong lahh. Setakat kau mainkan perasaan dia baik tak payahhh doe. Aku menyesal. Dulu apahal eh kau baik sangat dengan aku? Then now baru aku tahu motif kau sebab aku tak nampak kau kan?! Macam sial. REPEAT sial! Hah dah lah. Pergi jahanam.

Monday 5 March 2012

-

Kawan kawan, saya kecewa :') Saya update blog malam nanti okay? Kena kerja dulu. Kbye

Wednesday 29 February 2012

Normal

Hiii. Apa khabar? Saya baru balik lepas jumpa Si Vampire Sakinah tu dekat KFC hikhik. Suka gila lah jumpa dia excited sangat! Sebab utamanya aku nak transfer gambar sebab aku nak segala gambar dekat MRSM Muar yang banyak bagi moment moment indah yang buat aku sayang and rindu sampai sekarang. Aku nak kawan kawan aku and kembali balik ke maktab. RINDU SESANGAT TAHU? Hmm. Masa amik result je lah aku pijak matab tu, lepas ni dah tak? :(

Entah pape aku dok touching habis malam ni. Tadi kan Kak Nurin last kerja dekat USJ sebab dia kena transfer pergi Kota Kemuning. Aku pergi hantar dia tadi. And and? Aku rasa macam sedih je tinggal dia sebab aku memang rapat gila dengan dia and dia je yg banyak bagi support dekat aku. Nak kata aku sayang? Yeppp memang aku sayang Kak Nurin sangat. Au suka bila dia dengan tunang dia. Haha, sebab tunang dia akan layan dia even dia tengah marah. Alah indahnya hidup. Jealous i tau. Eh lupa! No jealous jealous dengan kehidupan orang lain dah sebab semua telah diatur kan? Yihaaaaaaaa!

Banyak kan sebenarnya benda yang terjadi di luar jangkaan kita? Banyak sangat. Sebab tu bila kita makin membesar banyak pengalaman dan dugaan yang harus ditempuhi. Dan jangan cepat mengalah. People come and go. Although sayang mana pun kita dekat seseorang, at last family jugak yang kekal. Menyanyangi orang tidak salah tapi ingat okay, jangan melebihi si Dia :) Itu yang diterapkan. And thanks kepada awak yang bagi nasihat tu. Saya suka!



Takde motif pun letak gambar ni. Tapi sebab cantik and melambangkan semangat jitu kepada negara Malaysia :)

Tuesday 28 February 2012

Awakkk

Hii kawan kawan, boleh tak bagi Muhammad Zunhazlami dekat saya sekarang? Saya nak dia lah. Tapi kan orang kata doakan kebahagiaan dia dekat sana. Yep saya akan selalu buat dekat sini. Insyaallah berterusan. Allah je tahu. Love-chuuuuuu (:



Blew a wind

Hii. Saya nak sekolah balik. saya nak. Sape sape tolong lah bawak saya sekolah dekat Muar with my classmates cepat. Hmm. Rindu and too many memories REPEAT TOO MANY! Malam malam macam ni suddenly aku teringat moment moment indah. Hikhik masa tu SPM. Nak paper apa ntah. Then weekends kitaorang study gila gila lah. Serupa macam nak terkam. Aku kalau buku dah start rapat ke muka lain tau meaningnya. Buat tahi mata je lah. Eeee ta senonohnya i!

Time tu ada 6 orang atas katil. Kitaorang buat bulatan and mula lah duduk study. Pastu kan kawan kawan, mirades cari pasal. Haih melebih ni minah ni. Aku berdiri lah konon konon kejar dia. Dia pun berdiri and ingat aku betul betul nak kejar dia. Pastu memang betul pun sebenarnya, aku nak kejar dia. Kitaorang tawaf berapa banyak kali. Mungkin kepala mirades dah pening sebab lari lupa diri, dia tersalah pijak and then...

JENG JENG JENG

Bang! Semua tengok dia and reaksi kitaorang bila pandang pandang antara satu sama lain, HAHAHA gelak golek gole. Terus kitaorang angkat Mirades tuh. Kepala dia dah termasuk dekat almari besi. Nampak macam sakit. Okay memang sakit pun sebenarnya sebab aku terhantuk sikit pun dah start berair mata apa lagi dia yg dah bunyi bang satu bilik! Muka dia merah then dia nangis tapi sekejap je. Pastu kitaorang gelak. Konon kononnya nak menguji ingatan dia, Ira pun pergi tanya soalan and kelakarnya Mirades memang blur. Sah masa dia jatuh neuron dalam kepala stop function je. Alahai nanya anak orang aku buat. Sorry ye Encik Desa.


Haih kenangan kenangan. Sumpah sayang sumpah rindu :(

Bloooping


Hiii :) Yeay saya excited nak update blog malam ni sebab? Entah. for no reason actually. Ni buat blog baru sebab kononya nak bagi meriah and nak menarik minat orang yg membaca tapi HAHAHAHAHAHAH haram nyah -.- Ta jadi pun. Alah. Jangan lah turunkan semangat aku. Kasik up sikit please? Aku nak followers ramai sikit. Tapi buat apa? Hehe. Macam mencapap je? Baik tak payah. So TAK PAYAH.

Haih masalah masalah. Banyak sangat benda yang jadi. Sometimes yang i suka and sometimes absolutely not! Mwehehe. Dulu kan kalau malam malam gini, aku boleh je tahan mata untuk tak tido. Main cityville bagai lah. Haih indahnya hidup yang lalu. Nak merasainya sekali lagi. Ececeh aku bila ingat pasal cityville ni boleh buat aku tak tido malam. Tersengih sengih. Seronoknyaaaaaaaaaa. Serupa budak kecik yg baru dapat patung barbie diam tak terkata and just nampak sengih sengih je. Nak macam gitu balik! Boleh tak?

Searang dekat tempat kerja ada masalah melanda. Besar ke? Haha. Entah ler. I nak dah nak berhenti kawan-kawan. I penat lah. Padan muka dekat aku baru kau tahu macam nak cari duit kau. ish ish, masa dapat duit boros sangat. Alah sekali sekala. Hehe sekali sekala lah sangaaaaaaaaaaaaaaaat! Baru sekarang aku menghargai usaha mama dengan ayah duduk kehulu kehilik cari rezeki. Saya dah faham :)

Eh tup tup dah nak masuk bulan March. Result SPM 2011 nak keluar dah lah. Then semalam aku dapat surat  dari maktab pasal pengambilan slip SPM. OH my God, nak 9A+. Tu je hadiah yang paling terindah untuk bagi dekat mama and ayah. Yeay yeay, saya percaya dengan apa yang saya dah lakukan. Sekarang hanya tinggal doa. Insyaallah Allah akan membantu saya :)

Wednesday 1 February 2012

30 January 2012

Hehe dah tgk tarikh dekat atas? Memang dah lambat berapa hari ni. Tapi sebab aku busy tak online, sekarang lah baru aku update. Janji update kan kawan kawan? Heheh.

Tarikh dekat atas sebenarnya birthday mummy. Kitaorang tak plan pape pun. So masa balik dari kerja, aku dengan kakak and adik pun pergi Baskin Robin tengok kek. Then kitaorang pun beli je. Kecik taa besar pun. Tak mampu lah. Sederhana pun dah cukup kan? Then bila sampai depan rumah, aku pun cover line masuk rumah, Kakak adik abang pasang lilin dekat luar. Masuk masuk nyanyikan. Hehe mak au mahu tak terkejut. Hhee i pulak yg excited tgk kek tuh. Kalau birthday i, nak buat permintaan belikan i kek baskin robin boleh tak? Boleh? Thanks ye kawan kawan.

So, Happy Birthday Mummy. Sayang mama sangat sangat. Semoga panjang umur and dimurahkan rezeki ye? :)



Sedapnyaa, sampai sekarang i termimpi. Haha :))

Grrrrr :)

Hey, lama gila babeng tak update blog. Ceh konon je kan aku ni? Hari tu beria sangat nak buat baru sebab kata blog lama tak best. Alah, bajet sikit je. Sorry lah kawan kawan. Hikhik. Aku busy gila kerja plus dah semput macam apa. Penat sangat. So bila balik nak gayut je kerja. Hehe, tapi sekarang tak boleh gayut, budak kecik tu takde. Hukhuk awak kat tgb, busy. Saya tunggu :))

So like seriously, I can wait for this Saturday! Hehe kawan kawan? Saya nak balik Kelantan. Selama ni jarang gila balik. And balik pun sebab Raya je. But Sabtu ni suddenly mama ajak balik and kebetulan semua free. Cool. Can't wait! Apa eh plan dekat sana? Kena rancang awal awal ni, okay baik lah. Sekarang jugak saya pergi buat plan. Over tak? Bunyi macam over gila kan? Menyampah i. Heheh.

Sebenarnya entah. Tak tahu ntah asal dengan aku. Angau je kerja ingat budak kecik tuh. Sayang awak. Kbye <3


R I N D U  F A H A M  T A K ?

Saturday 14 January 2012

Thursday 12 January 2012

Just Nothing

Hey. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Tak perlu jealous tak perlu marah, Allah dah tetapkan yang terbaik buat kita kan? So, terima. Allah ada sebab kenapa dia bagi macam tu kat korang, tapi percayalah, ianya yang terbaik. Kita tak payah nak samakan life kita dengan orang lain, cause you have no idea what their journey all about. Dulu aku pun selalu terfikir kenapa aku macam ni tak macam tuh, haha. Tapi baru aku tahu, aku bahagia sekarang. aku yakin setiap kebahagiaan itu Allah tetapkan, so terima seikhlasnya. Bahagia comfirm :D

Tuesday 10 January 2012

Hope

Dahulu kau mencintaiku 
Dahulu kau menginginkanku 
Meskipun tak pernah ada jawabku 
Tak berniat kau tinggalkan aku 
Sekarang kau pergi menjauh 
Sekarang kau tinggalkan aku 
Disaat ku mulai mengharapkanmu 
Dan kumohon maafkan aku 
Aku menyesal tlah membuatmu menangis 
Dan biarkan memilih yang lain 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu 
Pasti itu terbaik untukmu 
Janganlah lagi kau mengingatku kembali 
Aku bukanlah untukmu 
Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Untuk diriku 




Okay semua tahu ni lagu Rossa kan. Sedih pulak aku baca lirik dia. Hikhik. Boleh ke aku sacrifice macam apa yang tertulis dekat atas tuh? Aku boleh terima kalau seseorang tu tinggalkan aku? Hmm. Sayang, jangan tinggal I boleh? :(

The one


Okay meh sini aku kenalkan budak kecik ni, Muhammad Zunhazlami Zahari :)

Okay. Aku tak tahu nak buat apa. Sekejap jalan sana, sekejap jalan sini, sekejap masuk toilet, sekejap turun bawah, sekejap naik atas, sekejap toleh kanan, OKAY dah stop. Pergh. Aku rindu dia. Macam mana ni? Maybe kitaorang jauh tapi insyallah kitaorang okay. Rindu? Perkara normal lagi lagi bila jauh. Korang tak percaya? Okay cuba try nanti lepas ni ye? Suruh couple anda jauh and jarang jarang contact you. Pehh semput I nak tahan. Hikhik.

Sebenarnya banyak aku fikir. Dia okay tak? Dia dah gemuk tak? Dia sihat? Dia kerja penat tak? Dia rindu aku tak? Dia ngorat orang lain tak? Dia INGAT aku tak? Ececeh poyo je aku kan? Nak buat capital letter pulak. Aloo. Tu penting tu. So highlight sikit bagi tunjuk penegasan. Haha. Dah lama tak jumpa dia. Dia nak balik maktab dah. OhmyGod kat maktab lagi lah jarang dapat contact. Prep and so on. Erghh. Okay cool. I still tunggu you sayang. Nanti kita keluar sama sama. Meh sini datang KL. I jaga you and I bawak you jumpa family I. Ayah I dah tanya dah. Hikhik. So ayah approve. You suka? I LAGI SUKA! :D

If I was one of them


Hello. Dah baca title atas tu? Hikhik. Sebenarnya takde pape pun. Cuma aku terfikir. Apa perasaan orang yang buta or pekak or bisu? Macam mana diaorang terima hakikat tuh. Ada yang lahir memang terus macam tuh and ada jugak yang kena mungkin sebab accident or apa apa yang kita tak pernah jangkakan. Sebagai manusia biasa serious aku tak pasti aku mampu terima ke tak, tapi itu semua kuasa Tuhan. walau apa-apa pun aku kena terima jugak kan.

Sebenarnya aku rasa takde siapa yang mintak untuk dilahirkan sedemikian tapi mereka redha dengan ketentuan Tuhan. Tetapi sebenarnya orang yang buta pekak or bisu sebenarnya bertuah. Sekurang-kurangnya mereka dapat kawal diri daripada perkara yang dibenci Allah. Diaorang dapat JAGA PANDANGAN, JAGA PERKATAAN or JAGA PENDENGARAN. Betapa mereka ni bertuah sebab Allah sayangkan diaorang. So sebagai manusia kita kena bersyukur dengan segala yang diberikan. Insyaallah.

Allah Maha Adil. Itu sifatNya. Allah akan bagi jika dia nak, Allah akan bagi tapi bukan sekarang, and Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik. So kalau lepas ni apa apa yang korang tak dapat, terima seikhlasnya. Betapa hebatNya dia. Subahanallah.

Monday 9 January 2012

Welcome post

Hello everyone. This is my new blog. Actually aku dah bosan dengan blog lama yang berkarat penuh dengan tahi tahi terselit dekat situ. Aku bosan gila. Blog lama aku, time first first first je cantik cool molek gitu. Tapi sejak masuk asrama update punya lambat sampai kadang kadang tak boleh nak on blog. Tengok blog pun merajuk dengan i dah tau nyahhh, So, sekarang i kena pastikan untuk jaga blog ini secantik mungkin macam tuan dia. Sekarang hobi baru aku perasan. Memang aku kena puji diri aku sendiri sebab takde sape nak puji. Tapi ada I buat korang menyampah?

Kadang kadang I selalu dengar orang cakap yang dia cantik and so so on. So sekarang meh sini aku cakap, tak salah nak puji diri. Tapi jangan lah sampai orang sekeliling meluat sampai diaorang rasa nak tonyoh you dengan cili padi. Haa baru you rasa. Aku pun naik menyampah. Okay meluat dah =.= Malas I nak kesah. Cantik sekejap je. Semua pinjaman semata mata. Agama yang kena mantop you tahu? Hikhik. Bak kata ayah Dhia, setiap orang yang mati akan dikapankan dengan kain kapan yang sama. Takde dari sutera semua tuh. Yang korang beli dari Gulatis tuh. Betul kan?


Hehe kbye.